Cranfield Nano Membrane Toilet

4:19 PM

Not Using Nano Technology Air And Generate Energy From Waste Man

About 2.5 billion people do not have access to sanitised toilet facilities, according to the UN. Much of this problem lies in India and Sub-Saharan Africa, where an estimated 10 million children under five have died from lack of toilets since 2000. To help address this problem from the modern world, researchers from Cranfield University in the U.K. have developed a cheap, clean, and eco-friendly nanotechnology toilet that has the ability to generate energy. The Nano Membrane Toilet project started in 2012 and has since received financial support through the Bill & Melinda Gates Foundation's Reinvent the Toilet Challenge, as well as receiving numerous awards for design and technology. Here’s how it works: After the user “finishes their business,” a smell-proof rotating bowl drops the waste into a holding tank. For liquid waste, a nanotech membrane filters and condenses the water that passes through it, helping to remove any pathogens from the water. This water vapour is then passed through a channel, with the help of a gas, into a tube of condensing beads that turn the vapor back into pathogen-free liquid. This untainted water can then be used for farm irrigation and even household cleaning.

Teknologi Nano Yang Tidak Menggunakan Air Dan Menghasilkan Tenaga Dari Bahan Buangan Manusia

Menurut Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu, dianggarkan 2.5 billion manusia tidak mempunyai kemudahan tandas yang bersih. Kebanyakan masalah ini wujud di India dan Afrika Sub-Sahara (tidak termasuk Afrika Utara). Kira–kira 10 juta kanak-kanak bawah lima tahun telah mati akibat dari masalah ini sejak tahun 2000 lagi.

Dalam menyelesaikan masalah ini dalam dunia moden, penyelidik dari Universiti Cranfield di United Kingdom telah membangunkan tandas nanoteknologi yang murah, bersih dan mesra alam. Perkara yang paling menarik dalam hal ini adalah, tandas ini mampu menjana tenaga.

Projek yang diberikan nama Tandas Lapisan Nano telah bermula pada tahun 2012 dan telah menerima suntikan dana sokongan daripada Yayasan Bill & Melinda Gates untuk mencipta teknologi ini. Mereka juga telah menerima pelbagai anugerah teknologi dan reka bentuk.

Bagaimana Tandas Lapisan Nano ini berfungsi?

Selepas pengguna ‘selesai melepas hajat’, sejenis mangkuk anti–bau akan memutarkan sisa dan melepaskannya ke dalam tangki utama.

Bagi sisa cecair pula, penapis lapisan nanoteknologi dan pemeluwapan air yang mengalir melaluinya, akan membantu dalam menghapuskan sebarang patogen (pembawa penyakit) daripada air. Wap air ini kemudiannya akan melalui saluran dengan bantuan gas ke dalam tiub berisi manik-manik yang memeluwapkan semula dan berubah kepada cecair bebas patogen. Air yang sudah dibersihkan ini kemudiannya boleh digunakan untuk pengairan di ladang dan malahan untuk cucian di rumah.

Untuk sisa pepejal pula, ia akan jatuh ke bawah tangki di mana skru ‘Archimedes’ berkuasa bateri membawa sisa ke belakang yakni bahagian kedua. Ia akan dibakar dan ditukarkan kepada tenaga. Walaupun bahagian tandas ini masih belum 100 peratus dibangunkan lagi, penyelidik masih berharap sistem ini akan mampu membekalkan tenaga untuk mengecas telefon bimbit dan alat elektronik kecil.
Previous
Next Post »