Bilangan Jurnal Akademik Penyelidikan Indonesia Belum Atasi Malaysia, Singapura dan Thailand
Oleh : Dr. Rosdiadee Nordin & K. N Mohd Kharuddin
Indonesia (52); Penyelidik-penyelidik Malaysia telah menerbitkan sebanyak 47,000 makalah, yaitu hampir dua kali ganda bilangan yang dihasilkan oleh penyelidik Thailand menurut Elsevier yang merupakan pangkalan data terbesar untuk bahan-bahan intelek.
Dalam satu laporan akhbar Thailand iaitu ‘The Nation‘, para penyelidik Malaysia juga mengatasi Singapura yang hanya menghasilkan 34,000 makalah berdaftar dengan Elsevier.“Malaysia membuat kejutan besar apabila bermula pada tahap rendah pada tahun 2005 dan mengatasi Thailand dalam 2009, dan sekarang sudah mengatasi Singapura dari segi bilangan penyelidik”, ujar timbalan presiden senior Elsevier Michiel Kolman kepada The Nation.
Kolman berkata peningkatan mendadak dalam bilangan penyelidik ini adalah berikutan langkah kerajaan Malaysia menyediakan dana yang besar untuk penyelidikan berbanding kerajaan Thailand yang tiada pertambahan dana penyelidikan kebelakangan ini.
“Malaysia mempunyai sumber kewangan. Mereka menggaji penyelidik. Penyelidik mereka aktif maka penerbitan (output) mereka adalah tinggi”, jelas beliau.
Mengikut laporan akhbar ini, para penyelidik Malaysia menghantar 24,000 makalah akademik setiap tahun kepada Elsevier, berbanding Singapore yang menghantar 16,000 makalah.
Thailand menduduki tempat ketiga mengatasi Indonesia dengan 3,000 makalah setahun, Filipina 1,000 makalah setahun dan Laos di bawah 500.
Dalam laporan ini, Elsevier tidak menyatakan topik yang diliputi oleh makalah-makalah ini serta tidak menunjukkan penilaian kualitatif yang dibuat terhadap makalah yang dihantar oleh semua negara ini. THE MALAY MAIL ONLINE
Semakan pihak MajalahSains.Com turut dibuat pada portal Scimago (http://www.scimagojr.com) yang mengandungi statistik daripada pengkalan data Elsevier (atau lebih dikenali sebagai Scopus) untuk mendapatkan gambaran yang lebih jitu. Statistik Scimago yang dicapai penulis berdasarkan penerbitan sepanjang 2014 dan mengambil kira semua bidang penyelidikan. Statistik tersebut (dimudahkan dalam jadual di bawah) didapati berlainan daripada berita di atas. Penulis membuat andaian berita tersebut menggunakan statistik terkini (2015) berdasarkan peningkatan penerbitan.
Statistik daripada beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun turut dimasukkan untuk memberi gambaran jurang perbedaan antara negara-negara maju dan negara-negara kejiranan kita.
Kedudukan Negara Bil. makalah Bil. makalah disebut penyelidik lain Bil sebutan per makalah
1 Amerika Syarikat 494,790 352,934 0.64
2 China 438,601 152,140 0.34
3 United Kingdom 141,425 111,107 0.69
5 Jepun 107,171 51,447 0.45
23 Malaysia 24,503 7,234 0.29
33 Singapura 16,086 12,554 0.73
40 Thailand 11,394 4,007 0.33
52 Indonesia 5,341 1,383 0.25
70 Filipina 1,619 781 0.44
123 Brunei 244 82 0.31
Beberapa analisis mudah yang boleh dibuat daripada jadual di atas:
Bilangan sebutan per makalah penyelidik Malaysia jauh ketara lebih rendah berbanding penyelidik Singapura. Menunjukkan kualiti makalah Singapura lebih dihargai diperingkat antarabangsa, berbanding Malaysia dan negara-negara lain di rantau ini.
Jika Malaysia, Singapura dan Thailand berganding tenaga untuk penerbitan makalah, gabungan ini HANYA mewakili 12% bilangan makalah dan 7% sebutan yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat pada 2014!
Cabaran kepada penyelidik Malaysia pada masa kini dan akan datang ialah bagaimana untuk menghasilkan makalah berkualiti yang mampu menarik minat penyelidik lain, dapat mempengaruhi aktiviti-aktiviti penyelidikan antarabangsa melalui idea terkini, teknik saintifik & kejuruteraan yang terkehadapan dan mampu mencabar teori kelaziman sedia ada. Selain daripada itu, suasana kini di dalam penyelidikan Malaysia turut melihat sumbangan penyelidik kepada masyarakat dan industri.
thanks from : majalahsains.com